Hari saya ingin berkongsi dengan rakan2 semua tentang Wawasan 2020, Gagasan 1 Malaysia dan juga NKRA ( Bidang Keberhasilan Utama Negara )...
Selamat membaca... :)
WAWASAN 2020
- konsep yg dibentangkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1991.
- Matlamat pembangunan Malaysia- "sebagai sebuah negara industri" dan " pembentukan negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020...mengikut acuan kita sendiri" - dari aspek ekonomi, politik, sosial, kerohaniaan dan kebudayaan.
- mengandungi 9 cabaran untuk mencapai wawasan 2020
- Sila klik link ini untuk maklumat lanjut --->>> Wawasan 2020
1 MALAYSIA - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
- diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 16 September 2010.
- mengandungi 2 aspek :-
Aspek 1 : Penerapan Teras-teras perpaduan
- PENERIMAAN di kalangan rakyat berbilang kaum - saling hormat-menghormati
- Prinsip- prinsip Kenegaraan -Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
- Keadilan Sosial - tiada mana-mana pihak dipinggirkan
Ketiga-tiga Teras perpaduan di atas akan disokong oleh Nilai-Nilai murni seperti berikut:-
- Hormat menghormati antara semua kaum
- Rendah hati - setiap individu ada kelebihan dan kekurangan masing2 - guna kelebihan masing2 untuk kukuhkan masyarakat dan negara.
- Kesederhanaan- sederhana dalam semua isu berbangkit.
- Berbudi bahasa- menjana kerjasama dan permuafakatan lebih erat.
Aspek 2: Penerapan Nilai-nilai aspirasi
Nilai-nilai aspirasi ( ada 8 ) seperti berikut:-
a. Budaya Berprestasi Tinggi
b. Budaya Ketepatan
c. Budaya Ilmu
d. Integriti
e. Ketabahan
f. Kesetiaan
g. Kebijaksanaan
h. Budaya Inovasi
Sila klik link untuk maklumat lanjut ----> 1 MALAYSIA
NKRA - Bidang Keberhasilan Utama Negara di bawah GTP*
- terdapat 7 NKRA
1. Kurangkan Jenayah
2. Banteras Rasuah
3. Pendidikan berkualiti - disentuh sebelum ini dalam artikel ulangkaji Part 2
4. Tingkatkan pendapatan isi rumah berpendapatan rendah
5. Tingkatkan pembanguan luar bandar
6. Tingkatkan pengangkutan awam bandar
7. Menangani kos sara hidup