Hari ini saya mengulangkaji pelan pendidikan Malaysia daripada tahun 2006 sehingga tahun 2025. Setelah membaca dan mengkaji berikut adalah beberapa Pelan Pendidikan yang dirancang oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ( dulu dikenali sebagai Kementerian Pelajaran Malaysia).
A. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( 2006-2010)
- 5 tahun
- 6 teras strategik
Teras 1: Membina Negara Bangsa
Teras 2: Membangunkan Modal Insan
Teras 3: Memperkasa Sekolah Kebangsaan
Teras 4: Merapatkan jurang pendidikan
Teras 5: Memartabatkan profesion keguruan
Teras 6 : Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
B. Pelan Strategik Interim KPM (2011-2020)
- 14 teras strategik
Teras 1: Memartabatkan profesion keguruan ( sama seperti PIPP di atas)
- mantap proses pengambilan guru
- program pembangunan profesionalisme berterusan
- laluan kerja menarik
- lestarikan pendekatan P dan P
Teras 2: Perkukuh penghayatan akidah dan nilai murni
Teras 3: Perkukuh struktur persekolahan
- kemasukan awal ke tahun 1 pada umur 5+ tahun
- Sistem Semester
- Pendidikan wajib 9 tahun
Teras 4: Mantapkan Infrastruktur Institusi Pendidikan KPM
- sedia dan selenggara kemudahan fizikal
Teras 5: Transformasi Kurikulum dan Kokurikulum
- laksanakan KSSR (2011-berterusan)
- laksakan KSSM ( 2017)
Teras 6: Transformasi Pentaksiran
- PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah )
- laksanakan SPPK ( Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan) - 2020
Teras 7: MBMMBI
Teras 8: Inovasi dan Kreativiti
- perluas penggunaan TMK
- perkongsian pintar dgn IPTA/IPTS
Teras 9: Pendidikan Vokasional
- laksana Kurikulum Kolej Vokasional ( 2011-2013)
- Kolej Vokasional KPM ( 2011-2015)
Teras 10: Pendidikan Prasekolah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
- PERMATA
Teras 11: Pendidikan Inklusif
- Program Pendidikan Khas
Teras 12: 1 Murid 1 Sukan
Teras 13: Pembelajaran Maya
- penggunaan TMK dalam mata pelajaran
Teras 14: Perkongsian Pintar Awam, Swasta, Komuniti, dan ibu bapa
- bina prasekolah swasta baru dan daftar prasekolah
C. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013-2025)
- 11 anjakan transformasi sistem
Anjakan 1: Akses kpd pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa ( sama dengan Teras 5 PSI* )
- lancarkan KSSM , KSSR disemak semula 2017
- rombak PBS dan sistem peperiksaan - KB aras tinggi - 2016
- STEM-tingkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
Anjakan 2: Kemahiran berbahasa Malaysia dan Inggeris, galak belajar bahasa tambahan
( sama dengan Teras 7 PSI* )
Anjakan 3: Lahir rakyat yang menghayati nilai ( sama dalam Teras 2 PSI* )
Anjakan 4: Transformasi profesion keguruan - profesion pilihan ( sama dengan teras 1 PSI*)
- 30 % graduan terbaik
- program pembangunan profesional ( CPD ) berterusan mulai 2013
- pastikan guru beri tumpuan kepada fungsi teras- pengajaran.
Anjakan 5: Kepimpinan berprestasi tinggi di setiap sekolah
Anjakan 6: Upaya JPN, PPD dan sekolah - penyelesaian khusus berdasarkan keperluan.
Anjakan 7: Manfaatkan ICT tingkat kualiti pembelajaran ( sama dengan Teras 13 PSI*)
Anjakan 8: Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian.
Anjakan 9: Kerjasama dgn ibu bapa, komuniti dan sektor swasta ( sama dengan Teras 14 PSI* )
- sarana ibu bapa
- sekolah amanah
Anjakan 10: Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
Anjakan 11: Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.
- laporan tahunan awam ttg kemajuan sasaran dan inisiatif PPPM.
- semakan 2015, 2020 dan 2025.
Itulah 3 Pelan besar untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.
Rujukan saya petik daripada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya berharap perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan menyediakan diri untuk temuduga nanti.
* Pelan Strategik Interim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan