Selasa, 29 Januari 2013

Kita hanya mampu merancang...

Kita selalu mendengar ungkapan kita mampu merancang Allah menentukan. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dulu aku bercita-cita hendak menjadi seorang doktor. Aku teringat lagi kata-kata arwah abah" Awak nie muka sesuai jadi doktor " menaikkan lagi semangat aku untuk menjadi seorang doktor. Walaubagaimanapun takdir Allah mengatasi segala-segalanya, aku sekarang berada di atas landasan menjadi seorang guru yang tidak pernah aku cita-citakan masa aku sekolah dahulu. Allah mengetahui yang terbaik untuk kita. Mungkin kalau aku menjadi seorang doktor, aku tiada masa bersama-sama dengan keluarga aku. Mungkin juga aku tidak dapat menahan tekanan yang dihadapi apabila berhadapan dengan pesakit. Mungkin juga aku akan mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak, suami dan ayah.

Kini,  Aku bersyukur kepada Allah swt kerana memilih aku menjadi seorang guru. InshaAllah aku akan berusaha menjadi guru yang terbaik kerana ada hikmah Allah tetapkan takdir aku menjadi seorang guru. Aku berpesan kepada diri ku dan juga kawan-kawan semua jadilah guru yang terbaik dan niatkan dalam hati kita mengajar dan mendidik kerana Allah s.w.t bukan untuk mendapat pujian dan ganjaran semata-mata. Allah dah merancang yang terbaik untuk kita dan mari kita mengikut jalan yang ditentukan olehNya dan melakukan yang terbaik, InshaAllah kita akan berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan