Jumaat, 11 Januari 2013

Cepat benar masa berlalu...

Cepat benar masa berlalu...rasanya baru semalam aku mendaftar untuk memasuki kursus Diploma Pendidikan di UNISZA Terengganu...Pejam celik pejam celik sekarang ini aku berada di rumah setelah tamat Semester 2. Kini...aku menunggu saat untuk melakukan praktikal di sebuah sekolah menengah di Kuantan.

Pelbagai pengalaman pahit dan manis sepanjang aku menjadi pelajar di Unisza. Aku banyak belajar perkara yang baru di sana bukan sekadar teori-teori dalam ilmu pendidikan semata-mata malah melihat pelbagai gelagat teman-teman seperjuangan aku yang mempunyai latar belakang berbeza. Mereka berada di sana meninggalkan ibu bapa, suami, isteri, anak-anak dan keluarga semata-mata untuk mengejar impian menjadi seorang guru. Aku telah belajar yang murid-murid mempunyai kepelbagaian dan kita tidak boleh melayan semua pelajar dengan cara yang sama. Kita dulu adalah pelajar dan kita sebagai manusia mempunyai kepelbagaian daripada segi personaliti, persepsi dan pegangan hidup. Begitulah ku melihat diriku dan rakan-rakan seperjuangan ku di Unisza. Mereka mempunyai personaliti berbeza yang terbentuk daripada pengalaman hidup mereka pada masa lalu. Aku banyak belajar daripada pemerhatian aku terhadap kepelbagaian personaliti kawan-kawan ku. Aku tidak boleh mengganggap mereka semua sama. Aku tidak boleh mengganggap yang mereka semua suka pada aku dan cara aku. Kita mungkin merasakan yang kita dah buat yang terbaik untuk rakan-rakan kita tetapi pada pandangan mereka mungkin berbeza. Kita tidak boleh mengharapkan semua orang sukakan kita kerana perkara tersebut hampir mustahil untuk berlaku.

Oleh itu, aku mohon maaf kepada rakan-rakan seperjuangan ku di Unisza di atas segala percakapan dan perbuatan aku yang mengguris perasaan kalian semua. Aku cuma nak berkawan dengan kalian semua kerana kita semua akan menjadi pendidik kepada anak-anak dan cucu-cucu kita nanti.

Aku berpesan kepada diriku sendiri dan rakan-rakanku selalulah membuat refleksi kendiri untuk membaiki kita menjadi insan yang terbaik di dunia dan di akhirat...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan