Jumaat, 27 September 2013

Ulangkaji untuk interview- Part 2

Salam kawan2...hari ini saya teruskan mengulangkaji dengan mengkaji tentang NKRA ( Bidang Keberhasilan Utama Negara ) Pendidikan- Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu.

NKRA Pendidikan mengandungi 4 sub-NKRA
- dilaksanakan bermula 2010.

1. Prasekolah
- 72% enrolmen untuk kohort kanak2 umur 4+ dan 5+ menjelang 2010.

2. Literasi dan Numerasi ( LINUS) - Literacy and Numeracy Screening
- 90% murid  menguasai LINUS pada 2010 - setelah 3 tahun mengikuti pendidikan rendah.
-3 M ( Menulis, Membaca, Mengira)

3. Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT )- mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dlm semua aspek pendidikan.
- sasaran 20 SBT menjelang 2010

4. Tawaran baru kepada Pemimpin Sekolah
- 2% PGB ( Pengetua dan Guru Besar) menerima ganjaran menjelang 2010



FALSAFAH PENDIDIKAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


KURIKULUM KEBANGSAAN
"... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan"
Akta Pendidikan 1996
[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]


KSSR ( KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH )- SILA KLIK


1 ulasan:

  1. Bagusnya....alhamdulillah.....:)..tq atas perkongsian ini...

    BalasPadam